Tuesday, January 1, 2013

Iklan Jawatan Kosong 2013 - Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ)


Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan dan berumur 18 tahun keatas untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. PEGAWAI PENGUATKUASA
2. AHLI MUZIK

MUAT TURUNSYARAT KELAYAKAN & BORANG PERMOHONAN

Cara Memohon:-
a) Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah dihantar beserta dengan:-
i) Salinan Kad Pengenalan dan Sijil Kelahiran.
ii) Salinan Sijil-Sijil Persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal.
iii) Salinan Kelulusan Akademik (sila lampirkan bersama surat pengesahan pengiktirafan kelayakan daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi sijil / diploma / ijazah dari IPTS dan luar negara- (jika yang berkenaan).
iv) Transkrip keputusan peperiksaan semua semesta – (jika yang berkenaan).
v) Sekeping Gambar ukuran pasport (Warna).
vi) Nama jawatan yang dipohon hendaklah dinyatakan di penjuru atas kiri sampul surat permohonan.

b) Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 21.

c) Borang permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :-

YANG DIPERTUA,
MAJLIS PERBANDARAN SUBANG JAYA,
PERSIARAN PERPADUAN, USJ 5,
47610 SUBANG JAYA.
(u.p. : JABATAN KHIDMAT PENGURUSAN)

Tarikh tutup permohonan pada 06 Januari 2013

No comments:

Post a Comment